mcmc
Aktiviti SemasaGaleriGaleri FotoLaporan AktivitiPendidikan

Program Mencipta E-Poster NADI di SK Parit Nawi

Pada 21 November 2025, NADI Kampung Paya Lebar dengan kerjasama NADI Kluster Muar — melibatkan NADI Tanjung Emas, NADI Parit Sakai Laut, NADI Sabak Awor, NADI Taman Damai dan NADI Pagoh Jaya — telah melaksanakan Program Mencipta E-Poster NADI bertempat di Sekolah Kebangsaan Parit Nawi.

Program ini disertai oleh 30 orang pelajar Tahap 2 (Darjah 4 hingga 6) yang didedahkan kepada kemahiran asas menghasilkan poster digital menggunakan aplikasi Canva. Melalui sesi ini, para pelajar berpeluang meningkatkan kreativiti serta penguasaan mereka dalam penggunaan alat pembelajaran digital.

Pihak NADI merakamkan penghargaan kepada SK Parit Nawi, para petugas serta semua pihak yang terlibat atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini.

#NADIKampungPayaLebar #NADIKlusterMuar #SKParitNawi
#Canva #EPosterNADI