mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT – NOOR AZURA HANI BT SABRI

NAMA : NOOR AZURA HANI BT SABRI
UMUR : 16
AHLI : 2016

 

Latar belakang

Noor Azura merupakan anak bongsu daripada 4 orang adik-beradik. Ayahnya bekerja sambilan sebagai kontraktor dan mengambil upah pertanian. Manakala ibunya sebagai suri rumah. Noor Azura telah menjadi Ahli PI pada tahun 2016.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum kewujudan Pusat Internet Kg Paya Lebar. Noor Azura tidak pernah menggunakan komputernye sendiri kerana tidak ada keperluan komputer di rumah. Beliau hanya dapat menggunakan komputer di makmal komputer di sekolah sahaja. Pelbagai kerja sekolah dan kerja kursus sukar di buat tanpa kemudahan ICT yang ada disekitar Paya Lebar.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau kini merupakan AJK Mini Pusat Internet Kg Paya Lebar yang aktif terutamanya dalam menyertai pertandingan,program dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet. Banyak perkara yang beliau belajar sejak menyertai program di Pusat Internet seperti mendapat ilmu tentang penggunaan microsoft word, microsoft powerpoint, excel dan sebagainya. Beliau juga menggunakan aplikasi dashboard untuk menyertai pertandingan dashboard dan juga membuat pemeriksaan kesihatan menggunkan ihealth.