mcmc
Maklumat Setempat

KEUSAHAWANAN – NURUL ATIKAH BINTI ZAINAL

NAMA : NURUL ATIKAH BINTI ZAINAL
UMUR : 25 TAHUN
AHLI : 2018

 

USAHAWAN : CHOCO JAR

Cik Nurul Atikah adalah anak ke-7 daripada 9 orang adik-beradik. Beliau merupakan usahawan yang menjalankan perniagaan CHOCO JAR. Beliau telah menjadi ahli Pi Kg Paya Lebar pada tahun 2018.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan Ict , beliau menjual CHCO JAR secara kecil-kecilan dengan kawan-kawan dan saudara mara terdekat. Beliau juga mempunyai masalah untuk menjalankan perniagaan kerana masalah kesihatan ibubapa.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Petugas Mini PI Kg Paya Lebar telah memberi tunjuk ajar melalui kelas latihan keusahawanan ,Cik Nurul Atikah telah mempelajari ilmu berkaitan media sosial. Beliau kini telah membuat jualan secara atas talian antaranya facebook dan juga instagram yang membolehkan beliau mempromosikan perniagaan. Dengan penggunaan Ict, medium penyampaian maklumat lagi mudah untuk diterima dan senang untuk disebarkan.Beliau kini bergiat aktif dalam laman sosial seperti fb , instagram , dan juga whatsup. Selepas menggunakan medium media sosial untuk berniaga, beliau dapat menjimatkan masa dan dapat menumpukan masa terluang dengan keluarga. Beliau dapat menjana pendapatan sampingan sekitar Rm1000 hingga Rm1500 sebulan.