mcmc
Keusahawanan

Keusahawanan

KERJAYA SEBAGAI KATERING

 

 

( PN.SITI HADJAR BT IBRAHIM)

         Katering adalah satu bisnes servis penyediaan makanan di tempat yang diperlukan seperti hotel, rumah, dewan atau lain-lain kawasan. Katering telah berubah untuk menjadi satu bisnes yang penting. Pihak katering sekarang sudah mengembangkan bisnes dengan memberi pengalaman lebih dari sekadar makanan sahaja. Katering bergerak menghidangkan makanan secara langsung dari kenderaan, kereta atau trak yang direka untuk tujuan itu. Katering bergerak adalah perkara biasa di acara-acara luar (seperti konsert), tempat kerja, dan daerah perniagaan downtown.

            Kebanyakan servis katering ini menyediakan katering untuk majlis kahwin. Ini kerana, untuk satu majlis yang besar seperti majlis perkahwinan, ramai tenaga kerja yang diperlukan bagi memastikan makanan cukup dan juga sedap. Bagi Puan Siti Hadjar, kerjaya katering bersama suaminya En.Hassan merupakan salah satu cara beliau mencari rezeki dan disamping itu dapat menambah ilmu dalam segi masakan. Pelbagai majlis sering ditempah oleh pelanggan antaranya majlis perkahwinan,majlis pertunangan dan sebagainya.

 

Gambar dibawah adalah jenis hidangan majlis perkahwinan yang penah ditempah oleh pelanggan :-