mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN CELIK ICT

28 08 2016 -1

 

NAMA             : ALIMAH BINTI KARNO

PEKERJAAN   : SURIRUMAH

             Puan Alimah Binti Karno yang berumur 55 tahun merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Dengan kewujudan Mini Pusat Internet Kampung Paya Lebar, Puan Alimah hadir ke Pusat internet bagi menjadi ahli Mini Pusat Internet Kg Paya Lebar. Dia bertekad ingin mempelajari ilmu komputer kerana dia pada sebelum ini langsung tidak mengetahui cara menggunakan komputer dan internet. Dengan masa yang terluang, Puan Alimah sering datang ke Pusat Internet bagi mengetahui sedikit demi sedikit tentang komputer dan cara penggunaanya. 

              Bagi dia, ilmu komputer ini sangat penting kerana pada zaman teknologi yang canggih sekarang, kebanyakannya banyak menggunakan komputer bagi mencari sesuatu bahan, pekerjaan, ilmu dan sebagainya. Dia tidak mahu menjadi salah satu orang yang tidak celik IT. Jika sebelum ini Puan Alimah tidak tahu langsung mengenai komputer, sekarang sedikit demi sedikit puan Alimah sudah mengetahui cara bagaimana menggunakan komputer dan fungsi-fungsinya. Jika dia mempunyai perkara yang ingin dicari, dia akan terus datang ke Pusat Internet bagi mencari bahan yang diperlukannya.