mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN

21150392 281913588959625 3969058822437308769 n

 

 

 

NAMA              : OMAR BIN IDRIS

PEKERJAAN    : BERNIAGA SENDIRI

             Encik Omar Bin Idris yang berumur 67 tahun merupakan seorang usahawan separuh  masa. Dengan kewujudan Mini Pusat Internet Kampung Paya Lebar, En Omar hadir ke Pusat Internet bagi menjadi ahli Mini Pusat Internet Kg Paya Lebar. Dia bertekad ingin mempelajari ilmu komputer kerana dia pada sebelum ini langsung tidak mengetahui cara menggunakan komputer dan internet. Dengan masa yang terluang, En Omar sering datang ke Pusat Internet bagi mengetahui sedikit demi sedikit tentang komputer dan cara penggunaanya. 

             Encik Omar merupakan seorang ahli Pusat Internet yang telah berdaftar di Mini Pusat Internet Kg Paya Lebar. Dia sorang yang sangat rajin dan suka berniaga. Perniagaan durian crepe tersebut telah mula dijalankan bermula pada awal tahun 2017. Jualannya semakin meningkat dari bulan ke bulan. Sebagai salah satu langkah untuk dia menjana pendapatannya, Encik Omar sering datang ke Mini Pusat Internet Kg Paya Lebar untuk belajar bagaimana berniaga secara online. Harga bagi durian crepe yang dijual adalah RM15.00 sahaja.