NAMA: Samsu Haila Binti Samsuri. Berumur : 43 tahun. Merupakan usahawan sepenuh masa dan dengan adanya Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Puan Samsuhaila dapat mengikuti kelas keusahawanan disamping mempelajari ilmu untuk mengedit video memposting produk di media sosial sekaligus dapat mempromosikan produk jualnya di Mini PEDi Kg Paya Lebar. Antara Platform Perniagaannya adalah di Facebook, Instagram, Shopee, Tiktok dan Whatsapps. Berikut merupakan sedikit sebanyak kisah kejayaan Ikon Usahawan Mini PEDi KG Paya Lebar adalah seperti berikut:
– Usahawan yang berjaya mencipta resepi sendiri iaitu pes mee bandung, pes ungkep, sambal hitam dan jus asam boi yang diminati oleh masyarakat.
– menyertai kursus usahawan Risda Daerah Muar 2022 dan menyertai Event FEST 25 YPKDT, Johor Baharu 2022 bersama IKS serta lawatan dari Jabatan Pertanian Daerah Muar kerumah Usahawan Samsu Haila.
– Menyediakan perkhidmatan tempahan mee bandung dan jus asam Boi untuk majlis hari jadi, majlis pertunangan dan kenduri.
– menghadiri kelas keusahawanan yang diadakan di mini pedi kg paya lebar belajar cara mengedit video, membuat templet dan poster,
– Berjaya meraih sambutan dari orang ramai selepas menggunakan platform online.
-Menyertai jualan produk usahawan di Program Hari Bersama komuniti di PEDi KG Pagoh 2022 dan Program Keusahawanan & ICT di Mini PEDi KG Paya Lebar 2022.