MEDAN ASAM PEDAS PARIT JAWA
Muar sudah sinonim dengan masakan asam pedas.Bagi yang mencari asam pedas Johor yang sedap dan murah di Muar anda boleh singgah di Gerai Asam Pedas Parit Jawa, Muar. Disini terdapat pelbagai gerai yang menjual asam pedas tetapi apa yang menarik perhatian kami adalah gerai di hujung sekali iaitu Gerai Pak Yahya Asam Pedas. Hidangan asam pedas di gerai Pak Yahya merupakan antara yang paling famous di gerai asam pedas Parit Jawa kerana pernah mendapat liputan dari media tempatan seperti akhbar Kosmo, TV3 dan media dari Singapura.
Sekiranya anda ingin ke sini dicadangkan agar anda untuk sampai awal kerana sekiranya lewat dikhuatiri anda akan kempunan. Gerai Pak Yahya dibuka setiap hari dari pukul 11 pagi sehingga asam pedas habis dijual. Kebiasaannya dalam pukul 2 petang asam pedas sudah habis dijual. Yang lebih menarik, gerai asam pedas di Parit Jawa sering dikunjungi oleh pelancong dari Singapura.