mcmc
Pendidikan

Pendidikan

SEJARAH SK PARIT JAWA

Sejarah Sekolah Kebangsaan Parit Jawa ini banyak bergantung kepada perkembangan Kampung Parit Jawa, Mukim Parit Jawa dan Pekan Parit Jawa. Mengikut kajian yang pernah dibuat Sejarah Parit Jawa bermula pada tahun 1885. Perkara ini dapat diterima mengikut catatan buku “Pelayaran Munshi Ibrahim” yang mengatakan Parit Jawa telah dibuka oleh sekumpulan orang-orang Jawa yang diketuai oleh Tuan Hj Abdul Jabar, yang kemudiannya dilantik menjadi penghulu. Setelah itu, ramailah orang-orang datang diam di sini. Waktu itu belum ada sekolah untuk kanak-kanak belajar dan kalau ada pun merupakan pondok atau madrasah sahaja. Ura-ura hendak mendirikan sebuah sekolah Melayu baru sahaja timbul dalam tahun 1925, setelah semangat untuk memberi pelajaran kepada anak-anak mereka pula berkobar-kobar. Kerajaan tidak berlengah-lengah lagi memilih pembinaan sekolah dalam tahun 1925. 

 

Perkembangannya adalah seperti berikut :-

1) 1925 –  Sekolah melayu Parit Jawa (P)

2) 1939 –  Sekolah Melayu Parit Jawa (L)

3) 1948 – Sekolah Melayu Parit Jawa

4) 1960 – Sekolah Umum (L) Parit Jawa

5) 1974 – Sekolah Kebangsaan Parit Jawa bangunan A dirobohkan

6) 1979 – Sekolah Kebangsan Parit Jawa bangunan baru 2 tingkat

7) 2000 – Mendapat bangunan tambahan 2 blok 4 tingkat

 

SK SIMPANG 4

Sekolah Kebangsaan Simpang 4 atau nama ringkasnya SK Simpang 4, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di SK Simpang 4, Parit Jamil.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Simpang 4 memiliki 54 pelajar lelaki dan 42 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 96 orang. Ia mempunyai seramai 15 orang guru

 

SMK RAJA MUDA,PARIT JAWA

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda telah ditubuhkan hasil pelaksanaan Sistem Aneka Jurusan yang dilancarkan oleh kerajaan pada tahun 1964.
Tapak sekolah ini telah diwakafkan oleh tiga orang ahli politik iaitu Allahyarham En Zubir bin Md.Zain ( Bapa kepada Tun Saadon Bin Zubir ), En Abu Bakar Bin Tahir dan En Mahdan Hj Abd Rahman.

Sekolah ini telah diasaskan oleh En.Hashim bin Mohammad yang mula bertugas sebagai Guru Besar sekolah ini pada tahun 1965 hingga 1971.
Kumpulan pertama pelajar tingkatan satu seramai 120 orang dan 7 orang guru telah memulakan sesi persekolahan mereka pada tahun 1965. Kumpulan pertama ini telah menumpang di Sekolah Kebangsaan Parit Jawa. Pada 15 oktober 1966, murid-murid telah berpindah ke kawasan yang ada sekarang ini yang pada ketika itu hanya terdiri daripada dua blok bangunan sahaja iaitu Blok A dan Blok B.
Sekolah ini telah dirasmikan pada 6 November 1969, bersamaan 26 Syaaban 1389 oleh Menteri Pelajaran Malaysia iaitu YB Dato’ Haji Abdul Rahman Yaakub P.N.B.S.Seterusnya sekolah ini terus berkembang dan membangun sejajar dengan perkembangan persekitaran dan pertambahan murid sehingga tahun 1994. Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda telah dinaikkan taraf dari Gred B ke Gred A mulai Mac 1994.