KARIPAP DAN DONUT
( PUAN MARIYA BINTI RODZI )
Sebagai salah satu cara bagi menambah pendapatan keluarga, Puan Mariya telah mengambil langkah bagi menerima tempahan kuih muih yang dibuat seperti karipap dan donut. Puan Mariya salah satu wanita belia yang giat aktif dalam apa-apa program yang telah dijalankan oleh pihak KEMAS. Sebagai salah satu contoh dia pernah melibatkan diri dalam program masakan anjuran KEMAS bahagian Muar. Sebagai salah satu tindakan yang bijak, Puan Mariya mengambil contoh produk tempatan seperti kuih karipap dan donut sebagai salah satu punca rezekinya. Selain itu,Puan Mariya juga rajin menjalan perniagaan secara kecil-kecilan seperti menjual ais krim Malaysia, laksa, ikan kering dan tudung.
Puan Mariya bersama rakan-rakan beliau dalam program yang dianjurkan KEMAS
Gambar dibawah adalah antara produk yang dihasilkan sendiri oleh Puan Mariya :
Ikan Masin
Laksa utara